Nilai sebuah tangisan….
BISMILLAHIRRAHMANIR RAHIM…
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha
penyayang
menangislah kamu…
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi
tangisan. Nyaring
berkumandang menghiasi
telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira
penawar sakit dan
lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah
kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit
dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan
titis air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka.
Adakalanya buih Kekecewaan
yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata
seorang manusia hanyalah umpama air kotor
diperlimpahan.
Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH
persis permata indahnya
gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan
air mata
Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan
kedudukan.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat
menangis kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil,
Alangkah sedikitnya
hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus,
mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap
kemenangan, serta rindu akan RasulNya.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al-
Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru: Hidup dimulakan
dengan tangis,
Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia
sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH
cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan
air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang
pendosa lebih ALLAH
cintai daripada tasbih para wali."
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana
ada tangisan
yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan
ada tangisan yang membawa bahagia untuk
selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana
dosa adalah lebih baik daripada Abid yang
berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan
bertakhta.
Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa
sedih, lebih ALLAH
sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa
takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak
dunia hilang ilmu,hilang wibawanya. Ketawa seorang
jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku
tahu nescaya kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan
terperanjat, melihat
orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang
menyenangkan. "
Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,takut- takut tidak
Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri
kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang
berbuat dosa dalam ketawa, akan
dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita
menangis kalau
Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria,
kedukaan menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu
membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat
buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui." (AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari
nikmat, syurga dipagari
bala."
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di
kemudian hari. Kerana
engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab
kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,
menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi
Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu
banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat,
ka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya
taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul
dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang,
aku takut akulah
orangitu."
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau
menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya
kirimkan ke medan Perang," jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja
terpandang wanita
rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit
seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau
mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al
Quran dikenali waktu
malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya
ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang
lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara,
khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya
orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan
tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai,
bersuara keras dan
marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur
: "Bagaimana hendak
bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur
di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu
memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!…
panjangkanlah warkah ini pada adik2, sahabat2 semua…
-"sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku,matiku adalah
untuk ALLAH SWT,tuhan sekalian alam"-